Description
Sidang media keluarga tahanan Turki, Ihsan Ahlan yang dikaitkan dengan dakwaan keganasan hari ini berlangsung dengan penuh emosi apabila isterinya, Ainnurul Aisyah Yunos beberapa beberapa kali menitiskan air matanya.Ainnurul jelas tidak dapat menahan air mata apabila bercakap mengenai suaminya.Beberapa kali juga dilihat Ainnurul berhenti sambil mengusap matanya.Pada Rabu yang lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Turgay Karaman dan Ihsan Aslan ditahan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang mengancam keselamatan negara.Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata, kedua-dua tahanan disiasat atas kaitan dengan IS.
Tags
kinitv malaysiakini tv malaysiakini Isteri Pengganas Turki Turki Ihsan Ahlan